Perak Hari Ini

Kedai Runcit Musnah

IPOH: Sebuah kedai runcit terbakar hampir 70 peratus dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sri Kinta 6, Kampung Seri Kinta dekat Pasir Puteh awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Balai Bomba dan penyelamat Perak, kejadian berlaku sekitar jam 1.23 pagi tadi.

“Pihak penyelamat mendapati kebakaran melibatkan sebuah kedai runcit yang terbakar hampir 70 peratus,” katanya.

Bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dan cedera dalam kejadian itu.

Antara yang turut didapti musnah hampir 80 peratus dalam kejadian kebakaran itu ialah sebuah motosikal jenis Honda.

“Pihak penyelamat menggunakan dua salur air bersumberkan air dari jentera bomba sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Operasi tamat sekitar jam 3.13 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");