Panasnya Hari Ini

“Kedudukan Saya Adalah Atas Mandat Daripada Rakyat”- Mukhriz

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kedudukannya sebagai Menteri Besar negeri itu adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga diatas perkenan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah setelah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan media bagi mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, petang tadi.

Mukhriz berkata, beliau kini menyerahkan kepada rakyat di negeri itu untuk menilai sendiri prestasi beliau sepanjang mentadbir negeri itu.

“Saya menyerah kepada rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13.

“Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya,”katanya menerusi satu kenyataan media yang dimuatnaik di Facebook dan dikongsi oleh beberapa laman Facebook politik, sebentar tadi.

Terdahulu, Bashah pada petang tadi berkata, barisan UMNO Negeri telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negeri yang diterajui oleh Mukhriz dan meminta Perdana Menteri untuk menggugurkan Mukhriz daripada jawatan Menteri Besar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");