Panasnya Hari Ini

Kemungkinan Ada Pertukaran Kerusi Antara Parti Komponen BN – Adenan Satem

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem tidak menolak kemungkinan akan terjadinya pertukaran kerusi di antara parti komponen BN pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) kali ini.

Memetik sumber Berita harian, beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Anak Kampung’, di Kuching hari ini

Tambahnya lagi, rundingan masih dilakukan bagi mendapatkan kesepakatan dalam pembahagian kerusi yang berkaitan.

“Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) tiada masalah, namun ada sedikit kesukaran dengan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

“Jika anda berada di tempat saya, pastinya situasi antara parti berkenaan menyulitkan,” katanya.

Parti TERAS adalah parti serpihan SPDP yang kini diketuai bekas Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan Ikom, manakala UPP parti serpihan SUPP yang diasaskan Menteri Kewangan II Sarawak, Datuk Wong Soon Koh.

Malah kedua-dua parti tersebut telah mengumumkan bahawa mereka adalah mesra BN.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem ketika berucap pada Sambutan Tahun Baru 2016 membayangkan bahawa pilihan raya negeri Sarawak mungkin diadakan pada Mac depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");