Panasnya Hari Ini

Keputusan Mungkin Berbeza Jika Peguam Negara Abdul Gani Patail

KUALA LUMPUR:Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merasakan keputusan berhubung siasatan kes dana derma RM2.6 billion dan SRC International berkemungkinan akan menjadi berbeza jika Tan Sri Abdul Gani Patail masih lagi selaku Peguam Negara.

Memetik sumber Therakyatpost, keputusan yang diumumkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berhubung perkara itu telah dijangkakan.

“Di Malaysia ini memang banyak yang kita tidak akan faham. Apabila Peguam Negara ditukar perkara seperti ini dijangkakan.

“Kalau tidak digantikan Peguam Negara sebelum ini, mungkin hasilnya lain,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan di Parlimen di sini.

Terdahulu, Apandi dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau telah meneliti kertas siasatan dan mendapati tiada kesalahan yang dilakukan oleh Najib mengenai derma RM2.6 bilion dan SRC International.

“Di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, tiada bukti yang menunjukkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyalahgunakan kedudukannya dalam mesyuarat Kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (Kumpulan Wang Persaraan Inc atau KWAP),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");