Perak Hari Ini

Kereta BMW Musnah Terbakar

KUALA KANGSAR: Sebuah kereta jenis BMW musnah hampir 80 peratus dalam kejadian kebakaran yang berlaku pagi tadi.

Menurut sumber, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat, kejadian berlaku di kilometer 249 PLUS menghala Arah Utara.

“Panggilan kecemasan diterima pihak penyelamat sekitar jam 8.04 pagi tadi,” katanya.

IMG-20160117-WA0002

Ujar sumber, setiba jentera sampai di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis BMW sedang terbakar sebanyak 80 peratus.

Bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan cedera.

“Anggota bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan dua saliran dari tangki jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Kemusnahan keseluruhan pada kenderaan tersebut adalah sebanyak 90 peratus.

Operasi tamat sekitar jam 9.02 pagi tadi.

IMG-20160117-WA0003

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");