Jenayah

Kes bunuh: Polis giat buru ‘Cendol’

JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu seorang lelaki Indonesia yang dikenali sebagai ‘Cendol’ bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan di Taman Sri Pulai, Kangkar Pulai, Skudai, dekat sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu mangsa mati di tempat kejadian akibat tikaman menggunakan senjata tajam.

Mangsa, Miswandi, 36 yang juga warga Indonesia mengalami kecederaan parah di kepala, rusuk kanan, lutut dan belakang badan diserang sekumpulan lelaki dipercayai bermotifkan cemburu.

Beliau berkata, kira-kira jam 12.05 tengah malam tadi polis berjaya menahan lima lelaki Indonesia berumur antara 25 hingga 36 tahun untuk membantu siasatan selain merampas sebatang cangkul dan sehelai baju bewarna kelabu di kawasan perumahan itu.

“Bagaimanapun seorang lagi suspek iaitu Yuliano, 30 atau dikenali sebagai Cendol berjaya meloloskan diri.

“Siasatan awal mendapati mangsa diserang kerana cemburu apabila menjalinkan hubungan dengan seorang wanita berumur 20-an juga warga Indonesia. Mangsa telah datang ke lokasi untuk berbincang sebelum diserang suspek,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");