Panasnya Hari Ini

Khairuddin Buat Laporan Polis Terhadap Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin UMNO, Datuk Khairuddin Abu Hassan hari ini membuat satu laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali kerana mendakwa telah bertindak menyalahgunakan kuasa dan memutarbelit fakta.

Selain itu, Khairuddin mendakwa, peguam Negara juga turut melakukan kecuaian jenayah dan mengganggu penjawat awam daripada menjalankan tugas-tugas mahupun siasatan mereka secara telus, bebas serta komprehensif.

“Peguam Negara harus memberi penerangan secara komprehensif kepada rakyat khususnya di dalam menzahirkan semua asas butiran siasatan yang telah dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tan Sri Mohamad Apandi Ali selaku peguam Negara tidak boleh membuat kenyataan secara umum tanpa menghuraikan secara terperinci mengenai hasil siasatan laporan SPRM yang telah dihantar ke pejabat Peguam Negara,”katanya menerusi catatan terbaru di Facebook miliknya.

12651238_536336746537287_9093886683007556462_n

Tegas Khairuddin lagi, jawapan yang komprehensif dari peguam Negara amat penting demi untuk menjamin keutuhan imej serta kredibiliti jabatan peguam Negara pada pandangan rakyat secara menyeluruh.

“Dalam masa yang sama, saya secara jujur serta ikhlas ingin menasihati peguam Negara agar tidak mengambil ringan di dalam pengumuman isu kes siasatan wang derma RM2.6 bilion dan sejumlah wang RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun perbadi milik Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sama ada suka atau tidak, kita harus tangani dan selesaikan kemelut ini secara professional dan menyakinkan semua pihak di tanah air yang tercinta ini,”ujarnya.

Terdahulu, Apandi mengumumkan bahawa Najib tidak melakukan sebarang jenayah berkaitan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya serta siasatan yang berkaitan SRC International.

Jelas Apandi lagi, Najib juga telah mengembalikan semula RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion yang diterimanya kerana dana tersebut tidak digunakan.

Apandi juga turut mengarahkan agar kertas siasatan tersebut ditutup serta tiada pendakwaan dilakukan terhadap perdana menteri

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");