Membawang Hari Ini

Kim Ha Neul Belum Buat Persiapan Kahwin

PELAKON Kim Ha Neul memberitahu dia masih tidak berkesempatan untuk membuat persiapan perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan berusia 36 tahun pada 19 Mac depan.

Kim Ha Neul berkata, buat masa ini, dia masih sibuk dengan rangka promosi filem terbaharunya berjudul Dont Forget Me.

“Saya terlalu sibuk dengan promosi filem dan belum lagi memikirkan tentang majlis perkahwinan. Munkin selepas tayangan filem ini selesai barulah saya fikir tentang itu,” ujarnya.

Pelakon drama Gentlemen’s Dignity itu secara peribadinya mahu majlis perkahwinan tersebut berlangsung secara santai dan sederhana.

Dalam pada itu, Kim Ha Neul turut mengulas dia akan terus aktif dalam bidang lakonan biarpun selepas mendirikan rumah tangga.

“Tiada apa yang bakal berubah selepas berkahwin nanti, saya akan terus aktif dengan kerjaya lakonan ini,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");