Perak Hari Ini

Kopi Peladang Dijangka Dapat Sambutan Menggalakkan

BATU KURAU: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau mensasarkan produk Kopi Peladang keluarannya ini berpotensi untuk mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada ahli-ahlinya, tetapi juga buat pengemar kopi di seluruh rakyat negara ini.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, selain jenama Kopi Peladang, pihaknya juga bercadang untuk mengeluarkan beberapa produk lain dalam tempoh terdekat.

PERAK TODAY 12

“Selepas ini kita mungkin akan melancarkan produk teh misai kucing dan beberapa produk lain seperti minyak gamat dan juga makanan segera tanpa bahan kimia.

“Buat masa ini, kita mendapat maklumbalas yang baik daripada seluruh PPK di seluruh negara,”katannya ketika ditemui selepas Malam Gala Pelancaran Kopi Peladang di Arena Batu Kurau, di sini.

PERAK TODAY 14

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau merangkap Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria dan ADUN Kubu Gajah, Hasbullah Elias.

Mengulas mengenai Kopi Peladang, Dr Raja Ahmad Zainuddin berkata, kilang pembuatan kopi tiga dalam satu tersebut akan dipindahkan ke Taiping manakala aktiviti pengedaran dan pemasaran akan dilakukan di Batu Kurau.

“Kita juga bercadamg untuk mewujudkam kiosk-kiosk untuk anak-anak muda kita berniaga,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");