Berita Hari Ini

Kuala Kangsar tuan rumah sambutan Tahun Baharu Cina

BANDAR KUALA KANGSAR – Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri yang akan diadakan di Kuala Kangsar pada 13 Februari nanti dijangka meriah.

Keyakinan itu disuarakan Exco Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon yang beranggapan infrastruktur dan keindahan bandar itu mampu menjadikan acara berkenaan menjadi lebih menyeronokkan.

Menurutnya, Kuala Kangsar dipilih sebagai tuan rumah pada tahun ini kerana kerajaan negeri kini membuat sistem penggiliran bagi sambutan hari kebesaran masyarakat Tionghua itu.

“Sambutan kali ini agak menarik kerana adanya gimik seumpama Olimpik Beijing 2008 yang akan dipersembahkan di Kuala Kangsar.

“Tahun depan, mungkin kita akan pilih lokasi lain pula dan semestinya, kita akan bawa sambutan ini keluar dari Ipoh,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkaitan sambutan itu, di sini.

Beliau berkata, pelbagai program disusun bagi memastikan kemeriahan majlis yang akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.

Jelasnya, sambutan pada tahun ini hanya melibatkan 800 jemputan dan tidak terbuka kepada orang awam seperti yang dianjurkan pada tahun-tahun sebelumnya.

“Kami sedang mencuba pelbagai corak sambutan dan tahun ini kami memilih mengadakannya di tempat tertutup dan mengehadkan jumlah pengunjung.

“Untuk orang ramai, mungkin tahun depan kita akan buat namun lokasinya masih belum ditetapkan. Kita sedang mencuba pelbagai cara untuk mengadakan sambutan sebegini,” katanya.

Sementara itu, Hang Soon berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyatakan persetujuan untuk mencemar duli menyempurnakan upacara perasmian sambutan tersebut.

“Saya menjunjung kasih terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin kerana berkenan mencemar duli merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perak pada tahun ini.

“Antara acara yang pasti mendapat sambutan adalah Pertunjukan Kaligrafi Cina dan lukisan tradisional Cina. Pertunjukan tersebut ala-ala Olimpik di Beijing pada 2008,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");