Jenayah

Lori bawa kiub ais terbabas

SUNGAI PETANI – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya itu terbabas lalu bertembung sebuah treler di Kilometer 5, Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil di sini, kira-kira 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata mangsa yang maut di tempat kejadian itu dikenali sebagai Mohd Rizal Piswan, 23.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori membawa kiub ais dalam perjalanan dari Kuala Ketil ke Sungai Petani itu gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar bahagian belakang sebelah kiri sebuah treler sarat muatan tayar yang diletakkan di tepi jalan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Md Zukir berkata mangsa yang tersepit itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan pinggang.

Katanya mayat Mohd Rizal dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");