Perak Hari Ini

Lori Bawa Muatan Simen Terbakar

SLIM RIVER: Sebuah lori yang membawa muatan simen mengalami kebakaran sebanyak 20 peratus dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Menurut sumber jurucakap Balai Bomba dan penyelamat, kejadian tersebut berlaku di Kilometer 360 PLUS menghala ke arah selatan.

“Panggilan kecemasan diterima pihak penyelamat sekitar jam 2.25 pagi tadi,” katanya.

IMG-20160115-WA0003

Tambah sumber, kebakaran itu mengakibaykan tayar lori berkenaan terbakar sebanyak 10 peratus.

Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Pihak anggota menggunakan dua saliran hos air daripada tangki jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Operasi tamat sekitar jam 3.26 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");