BAGAN SERAI: Kesemua mangsa terselamat apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terperosok di bahagian tepi sebuah lori treler dalam kejadian yang berlaku petang tadi
Menurut sumber jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat, kejadian berlaku di Kilometer 181.2 Lebuhraya PLUS menghala kearah selatan.
Ujar sumber, panggilan kecemasan diterima pihaknya pada jam 1.55 petang tadi.
“Sebuah kereta didapati telah terperosok dibahagian tepi sebuah lori treler dan juga melanggar pembahagi jalan di bahagian tengah lebuhraya,” katanya.
Bagaimanapun kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital.
Pihak penyelamat juga turut bertindak dengan membuat pemantauan dikawasan kemalangan bagi memastikan kawasan tersebut benar-benar selamat dan tidak mendatangkan risiko bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Operasi tamat sekitar jam 3.27 petang tadi.