Panasnya Hari Ini

MCA Bidas Kenyataan Hadi Isu ‘Meniaga’ Agama

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun membidas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Awang yang dilaporkan berkata mubaligh Kristian kini menyasarkan penyebaran agama di Afrika yang mana masyarakat di Negara itu dikatakan masih kurang berpendidikan dan bertamadun, begitu juga di Sabah dan Sarawak.

Hadi turut dilaporkan berkata, ini kerana mubaligh Kristian telah ditolak di Eropah kerana Kristian bukan lagi mudah untuk dijual di Negara-negara yang mempunyai penduduk yang mempunyai tahap pelajaran yang tinggi.

Chew berkata, Abdul Hadi juga ‘meniaga’ Islam susulan daripada kenyataan Presiden PAS itu yang berkata bahawa mubaligh Kristian mengumpan sasaran mereka dalam bentuk wang tunai dan pelbagai bantuan lain.

Mengulas lanjut, Chew berkata PAS Kelantan sendiri turut menawarkan insentif kerajaan kepada setiap mualaf yang baru memeluk Islam.

Katanya, kerajaan PAS Kelantan menawarkan RM10,000 kepada setiap pendakwah Islam yang berkahwin dengan orang asli dan menarik minat orang bukan Islam memasuki agama Islam.

Dakwa Chew lagi, selain itu, kerajaan negeri juga turut menyediakan pendakwah Islam dengan penginapan percuma, kenderaan pacuan empat roda dan elaun tetap sebanyak RM1,000.

“Adakah kerajaan pimpinan PAS Kelantan tidak sama salah seperti tuduhan yang mereka nampak terhadap orang Kristian?” soalnya.

Berikutan itu, Chew kini mempersoalkan keikhlasan kerajaan Kelantan dalam mengembangkan Islam dan menjelaskan bahawa kaedah itu boleh disamaertikan sebagai mengambil kesempatan ke atas kaum pribumi di Negara ini.

Tambah Chew lagi, keikhlasan pendakwah juga turut dipersoalkan dalam menyebarkan agama berikutan pendakwah lebih tertarik kepada insentif yang ditawarkan oleh kerajaan Kelantan.

Beliau bagaimanapun dengan tegas berkata, MCA tidak mempersoalkan kepercayaan mualaf yang memeluk Islam mahupun agama itu sendiri.

Tegasnya, MCA kini hanya mahukan PAS memantulkan tindakan-tindakannya sendiri sebelum cuba menyemai syak wasangka terhadap komuniti Kristian melalui dakwaan tanpa bukti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");