Sukan Hari Ini

Nadia kembali beraksi

Kuala Lumpur: Nadia Abdul Rahman akhirnya memenuhi hasrat ketua jurulatih baru skuad hoki kebangsaan wanita Muhammad Dhaarma Raj Abdullah apabila bersetuju kembali menyarung jersi negara.

Bekas kapten Malaysia itu berkata, keputusan untuk kembali bersama skuad negara dilakukan selepas mengadakan perbincangan bersama keluarga serta suaminya.

“Saya sudah menghubungi Dhaarma dan rasanya tiada sebarang masalah untuk turun buat kali pertama apabila skuad negara mula berlatih 18 Januari ini.

“Cuma mungkin saya perlu mengambil masa sedikit mendapatkan tahap kecergasan sebenar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelas Nadia, dia tidak menetapkan tempoh berapa lama akan bersama skuad negara selepas ini.

“Mungkin untuk dua atau tiga tahun lagi saya akan bersama skuad negara. Yang pasti tak mungkin sehingga lima tahun lagi.

“Tujuan saya adalah untuk kembali membantu skuad negara,” katanya.

Menerusi laporan Arena Metro sebelum ini, Dhaarma menyuarakan hasrat mendapatkan khidmat Nadia semula bagi memperkuatkan pasukan menghadapi kejohanan penting selepas dia mengambil keputusan berehat setahun bagi memberi tumpuan kepada kelahiran cahaya mata pertamanya.

Sejak mewakili negara bermula 2002, Nadia sudah melakukan 156 penampilan sekali gus antara pemain terbaik wanita pernah membarisi skuad negara.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");