Sukan Hari Ini

Nishikori bangkit

Brisbane, Australia: Bintang Jepun Kei Nishikori mengatasi permulaan lembap sebelum menyingkirkan Mikhail Kukushkin sekali gus mara ke suku akhir kejohanan Antarabangsa Brisbane, semalam.

Nishikori tewas servis pertamanya untuk ketinggalan 0-2 pada set pertama namun bangkit untuk mengungguli Kukushkin dan mencatat kemenangan 6-3, 6-4.

“Saya fikir ia satu perlawanan hebat,” kata pilihan kedua itu.

“(Tapi) saya tidak bermula dengan baik, saya fikir dia bertindak lebih bagus pada awal permainan.”

Nishikori yang layak ke final Terbuka AS pada 2014 tidak berada pada tahap terbaik bagi perlawanan pertamanya musim ini, terutama pada set pertama.

Pukulan servisnya teruk namun berjaya membaikinya selepas itu dan dia hanya berdepan satu mata ‘break’ pada set kedua.

“Saya fikir servis saya bagus hari ini. Ia juga meningkat jadi saya amat gembira,” ujarnya.

Pemain nombor lapan dunia itu kini akan berdepan sama ada pilihan ketujuh dari Australia Bernard Tomic atau pemain veteran Czech Radek Stepanek pada suku akhir.

Sementara itu, bekas pemain nombor satu dunia Victoria Azarenka mara ke suku akhir kategori wanita apabila mengatasi pemain kurang ternama Belgium Ysaline Bonaventure 6-3, 6-2, semalam.

Ysaline yang tewas pada perlawanan terakhir kelayakan, meraih tempat ke undian utama apabila pilihan utama Simona Halep menarik diri kerana kecederaan kaki kelmarin.

“Saya fikir permulaan saingan amat sukar,” kata Victoria, 26.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");