Berita Hari Ini

PAC tanya soalan yang mencabar, kata Pengerusi 1MDB

KUALA LUMPUR – Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) , Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin selesai memberi kenyataannya kepada Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) semalam.

Beliau yang ditemui pemberita memberitahu sesinya sudah selesai dan tidak perlu hadir lagi dalam prosiding jawatankuasa itu.

Lodin turut menyifatkan soalan -soalan yang diajukan kepadanya agak mencabar.

“Soalan-soalan (yang dikemukakan) agak mencabar, namun saya boleh jawab dengan baik,” katanya ketika ditemui di bangunan sementara Parlimen.

Beliau diserbu wartawan sebaik selesai memberi jawapan kepada PAC kira-kira jam 1.20 petang.

Beliau yang diminta hadir pada hari kedua itu turut memberi bayangan bahawa siasatan PAC terhadap syarikatnya itu akan selesai.

“Memandang saya sudah hadir di sini, saya rasa siasatan itu akan selesai,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");