Panasnya Hari Ini

Papan Iklan #BebasAnwar Lenyap

Foto: Mstar

KUALA LUMPUR: Awal minggu ini, sebuah papan iklan gergasi #BebasAnwar telah menarik perhatian seluruh Negara terutamanya bagi penduduk di kawasan Selayang.

Bagaimanapun, papan iklan yang dipasang sejak awal minggu ini ‘lenyap’ dari pandangan masyarakat setempat.

Menerusi tinjauan yang dilakukan oleh sebuah portal berita, mstar Online, papan iklan yang dipasang Ahli Parlimen Selayang William Leong itu telah pun ditanggalkan oleh individu yang tidak dikenali.

William bagaimanapun hanya mengetahui tentang perkara tersebut apabila dimaklumkan oleh pembantu peribadinya selepas diberitahu oleh orang ramai.

William yang dihubungi oleh mStar Online turut menafikan dakwaan bahawa pihaknya telah menanggalkan papan iklan #BebasAnwar, bahkan, pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) turut menolak bahawa ia perbuatan mereka.

Mstar, memetik sumber, berkata, billboard itu telah ditanggalkan kerana didakwa dipasang tanpa mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh PBT.

William berkata,beliau sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.

“Saya dengar ada orang sudah cabut (billboard) itu. Ia bukan sesuatu yang menghairankan, saya sudah jangka perkara seperti ini.

“Ia bukan isu lesen. Apa yang berlaku menunjukkan kita sudah jauh dari matlamat sebenar untuk mewujudkan demokrasi matang di Negara ini,”ujarnya.

William turut berkata, pihaknya juga telah membuat pemeriksaan dengan MPS sama ada PBT itu telah mengambil tindakan menanggalkan papan iklan yang berada di bawah kawasannya itu.

“Kita sudah periksa, bukan MPS yang turunkkannya. Siapa buat saya tak tahu, tapi bukan MPS,”tegasnya.

Ahli Parlimen Selayang itu bagaimanapun enggan menuding jari kepada mana-mana pihak apabila ditanya ianya mungkin dilakukan oleh parti politik lain.

“Saya tak kata. Tak baik, tak boleh cakap (tuduh) sebab saya tak tahu siapa yang lakukannya.

“Sebenarnya siapa yang turunkan billboard itu saya anggap mereka masih tak faham apa itu demokrasi,”ujarnya.

William bagaimanapun tidak mempertimbangkan untuk membuat laporan atau mengambil sebarang tindakan terhadap pihak yang melakukannya.

Beliau bagaimanapun berkata berhasrat untuk menaikkan papan iklan itu sekali lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");