Panasnya Hari Ini

Paras Rizab Tabung Haji Negatif, Bank Negara Beri Amaran

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, paras rizab Lembaga Tabung Haji (LTH) adalah negatif dan Tabung Haji berkemungkinan tidak akan dapat membayar sebarang dividen pada tahun ini kepada 8.8 juta pencarumnya jika tiada sebarang jalan penyelesaian diambil.

Memetik laporan portal berita The Malaysian Insider, pada 23 Disember lalu, Zeti telah memaklumkan kepada Pengerusi LTH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bahawa nilai aset yang ada hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih dari RM0.98 bagi setiap seringgit nilai liability.

Dibawah Seksyen 22 Akta Tabung Haji telah menyatakan bahawa LTH tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen serta bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset adalah kurang daripada nilai kesemua obligasinya.

Zeti juga turut memaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menerusi sepucuk surat bahawa keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Mengulas lanjut, Zeti berkata, ini kerana, Putrajaya telah menjamin sepenuhnya simpanan deposit di LTH.

Zeti turut memaklumkan kepada Jamil bahawa disebabkan perkara tersebut, keberkesanan LTH dalam membantu umat Islam di Negara untuk menunaikan ibadah haji di Mekah mungkin terjejas.

Sementara itu, dalam surat beliau kepada Azeez, Zeti berkata, LTH mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan dalam masa yang singkat bagi memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.

Ini kerana, kata beliau, ianya dapat mengurangkan nilai aset Tabung Haji dan kestabila sistem kewangan dan sistem ekonomi Negara pada risiko yang lebih tinggi melalui ‘kesan penularan’.

Dalam pada masa yang sama, Zeti turut menyalahkan LTH kerana telah membayar dividen lebih daripada kemampuannya kepada pendeposit sejak tahun 2012.

“Amalan pengagihan dividend an bonus tidak berhemat secara puratanya melebihi keuntungan semasa (purat sebanyak 107 peratus bagi tempoh 2012-2014) menyebabkan paras rizab terkumpul LTH yang sememangnya rendah untuk terus merosot, sehingga tidak mencukupi untuk menangani prestasi lemah portfolio ekuiti yang lemah pada 2015.

“Ini seterusnya menyebabkan rizab LTH menjadi negatif,”kata Zeti, memetik laporan The Malaysian Insider.

Tambah Zeti lagi, antara masalah lain yang dihadapi oleh LTH ialah deposit Tabung Haji hanya tertumpu di kalangan sebilangan kecil penyumbang – lima peratus pendeposit terbesar merangkumi kira-kira 75 peratus jumlah keseluruhan pendeposit.

Katanya, disebabkan itu, ianya akan menyebabkan risiko pengeluaran deposit secara besar-besaran sekiranya pendeposit hilang keyakinan terhadap LTH.

Justeru itu, beliau mencadangkan agar LTH segera merangka dasar rizab dan pelan pelaksanaan yang sudah diluluskan oleh Lembaga Pengarah kepada Bank Negara pada 31 Mac 2015.

Zeti turut mencadangkan kepada Jamil untuk menambah bilangan ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai pengalaman dan kepakaran di dalam bidang kewangan.

Azeez yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, beliau perlu menyemak dengan pejabat LTH terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada surat tersebut benar atau tidak.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa LTH tidak mempunyai masalah untuk membayar dividen pada tahun ini tetapi pendeposit perlu menunggu selewat-lewatnya pada Mac ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");