Isu Panas
Like

Pas persiap jentera hadapi PRU

January 11, 2016
118 Views
0 Comments
1 minute read
Pas persiap jentera hadapi PRU

KUALA SELANGOR: Jentera Pilihanraya Pas Selangor perlu bersiap siaga berdepan sebarang kemungkinan menjelang PRU yang diramalkan akan diadakan Mac tahun depan.

Pengarah Pilihanraya Pas Selangor, Ir Mohd Haslin Hassan berkata, persiapan diri dan kemahiran jentera perlu ditingkatkan dari peringkat akar umbi bagi berdepan kemungkinan pertembungan sengit parti lawan.

“Kita tak boleh duduk diam lagi dan sibukkan hal lain…kena fikirkan gerak kerja pilihan raya bermula dari sekarang kerana dijangka PRU akan berlaku tak sampai tempoh dua tahun lagi.

“Tujuan himpunan ini pun mahu kumpulkan seramai mungkin jentera Pas untuk bersiap sedia dengan semua aspek bermula dari peringkat akar umbi dan pimpinan kampung.

“Kita mahu melihat jentera pilihan raya mahir untuk meramaikan ‘rakan’ dan bukannya cari musuh,” katanya pada ucapan awalan sempena Ijtima’ Pilihan Raya Pas Selangor di Stadium Tertutup, semalam.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Sepang itu menyarankan, semua jentera menarik seramai mungkin pengundi baru memandangkan rekod menunjukkan lebih 1.8 juta penduduk Melayu masih belum mendaftar sebagai pengundi.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan lebih empat juta penduduk negara ini masih belum berdaftar sebagai pengundi dan inilah peluang jentera untuk menarik pengundi baru.

“Sudah pastinya kita mahu kerja jentera pilihan raya lebih tersusun dan mampu mempertahankan kerusi di Dun dan Parlimen selain melebarkan kemenangan di Selangor,” katanya.

-Sinar Harian

Leave a Reply