Sukan Hari Ini

‘Popular saja tak cukup’

Kuala Lumpur: Tiada sebarang jaminan sukan berstatus popular akan berada dalam senarai untuk dipertandingkan pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata, pelbagai kriteria perlu diambil kira sebelum satu-satu acara itu dipertandingkan dengan senarai terakhir akan diumumkan pada mesyuarat Persekutuan SEA (SGF) dari 22 hingga 24 Februari depan.

“Popular itu salah satu kriteria, tapi sebenarnya ada banyak lagi penilaian lain.

“Anda boleh katakan satu-satu sukan itu popular tapi ada juga acara yang popular tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik, Asia atau Sukan SEA.

“Apapun, kita tunggu saja keputusan muktamad mesyuarat itu nanti,” katanya pada sidang media semalam selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM

Tegas Tunku Imran, perkara yang paling penting dalam mempertimbangkan satu-satu acara untuk dipertandingkan di Sukan SEA ialah mampu memberikan kelebihan kepada Malaysia.

“Paling penting ialah acara dipertandingkan itu mampu membantu Malaysia mencapai sasaran utama dengan muncul juara keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, Tunku Imran turut menyuarakan keyakinan lebih ramai atlet negara akan layak beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro pada Ogos depan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");