Berita Hari Ini

Prasarana diberi tempoh hingga Februari

PUCHONG – Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) diberi tempoh hingga hujung Februari ini untuk menyiapkan pembinaan sistem perparitan di Jalan Berkat, Kampung Seri Aman, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau menerima aduan kejadian banjir kilat berlaku sebanyak lima kali di Kampung Seri Aman tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan perkara itu kerana pembinaan LRT di kawasan kampung dikenal pasti menjadi punca banjir berlaku membabitkan beberapa unit rumah.

“Sistem perparitan di sini asalnya parit tanah, ia akan dinaiktarafkan menjadi parit monsun. Prasarana akan membina pembetung air di bawah jalan untuk mengalirkan air terus ke Sungai Klang,” katanya.

Sebelum itu, Mohamed Azmin berkata, kos sebanyak RM12.5 juta diperuntukkan bagi menaiktarafkan sistem perparitan sepanjang enam kilometer dalam kampung tersebut.

Katanya, kotak pembetung dan kunci air turut dibina bagi mengelakkan limpahan air Sungai Klang masuk ke dalam kampung.

“Bila dapat maklumat mengenai banjir di kawasan itu, saya putuskan untuk turun sendiri melihat bagaimana kita boleh tangani masalah ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya sudah meminta pejabat tanah dan daerah mengambil tindakan termasuk merobohkan beberapa bangunan industri yang tidak mendapat kelulusan dan dibina dalam kawasan kampung tersebut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");