Panasnya Hari Ini

PROTON Bakal Perkenal Enam Varian Enjin Baharu

KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Berhad (PROTON) memperkenalkan inisiatif kajian dan pembangunannya (R&D) untuk enjin terbaharunya yang akan dilengkapi dengan dua teknologi iaitu Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI) dan Gasoline Direct Injection (GDI).

Program pembangunan itu telah dimulakan sejak Mac di England dan PROTON turut bekerjasama dengan syarikat kejuruteraan global yang berpangkalan di Negara tersebut iaitu Ricardo.

“Jurutera PROTON telah bekerja pada program ini sejak Mac 2015 sehingga hari ini, memberikan input yang betul, membuat keputusan mengenai keperluan kami, terlibat secara aktif dalam reka bentuk dan analisis enjin serta pengeluaran enjin prototaip.

“Program pembangunan ini akan mengambil masa 40 bulan untuk menyelesaikan semua enam varian dengan varian pertama yang akan dilancarkan selepas 30 bulan iaitu pada akhir tahun 2017.,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah, menerusi satu kenyataan.

“Penggunaan enam varian enjin ini akan digunakan dalam semua model kenderaan PROTON akan mula dilaksanakan secara berperingkat mulai 2018 dan ia diyakini mampu melonjakkan jenama PROTON pada masa akan datang.

Sebanyak enam varian enjin akan dibangunkan oleh PROTON iaitu 1.0L 3-Cylinder VVT (Variable Valve Timing, 1.2L 3-Cylinder VVT, 1.3L 4-Cylinder gdi, 1.5L 4-Cylinder GDI, 1.3L 4-Cylinder TGDI dan 1.5L 4-Cylinder TGDI.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");