Panasnya Hari Ini

PROTON Jalin Kerjasama Dengan SUZUKI

KUALA LUMPUR: PROTON Holding Bhd (PROTON) telah menjalinkan satu kerjasama dengan SUZUKI Malaysia Sdn Bhd (SUZUKI) yang membolehkan 25 cawangan pengedaran SUZUKI 3S dan empat cawangan 4S ditukar kepada cawangan PROTON Edar.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, kesemua 29 cawangan berkenaan akan dilengkapkan dengan logo bagi kedua-dua syarikat berkenaan.

Ujarnya, meskipun semua cawangan tersebut akan dikenali sebagai sebahagian daripada cawangan PROTON Edar, namun, ia mempunyai keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan dan pembaikan bagi 48,000 pelanggan SUZUKI yang sedia ada di Malaysia.

“Industri ini sedar bahawa SUZUKI akan mengakhiri penjualan model-model jenama sendiri di pasaran Malaysia selepas perjanjian persefahaman dan Lesen Perjanjian telah ditandatangani di antara ketiga-tiga pihak iaitu PROTON, DRB-HICOM dan SUZUKI pada 15 Jun 2015.

“Rasionalisasi operasi SMA ini pada asalnya dijangka siap dalam tempoh setahun tetapi ia telah siap lebih awal daripada yang dirancang untuk merealisasikan fasa perkongsian seterusnya.

“Kerjasama ini adalah yang pertama daripada banyak peristiwa penting yang menarik dan memberikan kelebihan tambahan kepada PROTON dengan rangkaian pengedar, penjual, tenaga kerja mahir, landasan perkongsian dan teknologi pengetahuan, “katanya.

????????????????????????????????????

Beliau juga berkata, dengan adanya cawangan-cawangan berkenaan akan menambahkan kekuatan kepada PROTON dalam memberikan kemudahan yang berkualiti kepada jualan dan cawangan perkhidmatan selepas jualan di seluruh negara.

“Kami juga gembira kerana Kerajaan Malaysia menyokong penuh kerjasama ini sejajar dengan Dasar Automotif Negara (NAP) yang mana menggalakkan pemain automotif global yang kukuh dan terkenal seperti SUZUKI, untuk menjadi rakan kerjasama kepada PROTON.

“Kerjasama itu akan memberikan peluang untuk perkembangan PROTON  di peringkat antarabangsa dengan memanfaatkan kehadiran SUZUKI di seluruh dunia. Manakala PROTON akan terus membangun dan menghasilkan kereta yang menepati keperluan dan piawaian antarabangsa,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Pengarah Urusan SUZUKI Malaysia Automobil, Masashi Fukuda berkata, pihaknya berbangga kerana dapat menjalinkan kerjasama dan menjadi rakan kongsi kepada PROTON.

“Penyatuan bilik pameran sedia ada antara SUZUKI dengan PROTON akan mengukuhkan lagi sinergi bagi kedua-dua jenama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan automotif selepas jualan yang lazimnya secara berterusan kepada pelanggan-pelanggan kami.

“Pemilik kereta SUZUKI yang sedia ada juga boleh meyakini bahawa keperluan automotif mereka seperti perkhidmatan selepas jualan dan perlindungan jaminan dengan menggunakan bahagian-bahagian SUZUKI yang tulen akan terus diurus dan dilindungi.

“Mereka boleh terus menghantar kereta mereka ke cawangan-cawangan yang terletak di lokasi strategik di seluruh Malaysia,” ujarnya lagi.

Dalam kerjasama berkenaan, SUZUKI yang mempunyai teknologi dan kepakaran yang kukuh dalam menghasilkan segmen enjin yang lebih kecil, terutamanya dalam kategori segmen A dan B akan melengkapkan pelan jangka panjang bagi produk PROTON.

Pembangunan kerjasama ini dapat memberikan PROTON peluang untuk memanfaatkan kekuatan SUZUKI, yang pada akhirnya nanti ia mampu meningkatkan keupayaan syarikat daripada segi jumlah potensi, pengurangan dalam masa pembangunan utama dan mempercepatkan masa ke pasaran. Ini boleh dicapai melalui perkongsian teknologi dan keupayaan untuk mengekalkan kos kecekapan melalui kerjasama SUZUKI.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");