Jenayah

Pukul: Lima lelaki mohon dibicara

SEREMBAN: Lima lelaki dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam, atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki pada malam tahun baharu.

Tertuduh, G Mohanraj,19; N Rubenthiran,20; D Talvinderjit Singh,19; R Kavinesh,19 dan S Bajan,19, hadir memakai pakaian lokap mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas B Nantahkumar,24, di kawasan Lake Garden, Seremban, kira-kira jam 2 hingga 4.15 pagi, 1 Januari lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Majistret, Siti Khairiah Abd Razak menetapkan 27 Januari ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan laporan penuh dibawa ke mahkamah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ainnan Mohd Rasid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");