Panasnya Hari Ini

Rakyat Sedang Menilai ‘Kita’ – Rafidah Aziz

KUALA LUMPUR:Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan kebimbangannya berhubung senario politik di negara ini yang disifatkannya bercelaru.

Beliau berkata demikian menerusi catatan iaitu menulis bahawa muafakat membawa berkat di laman Facebook miliknya hari ini.

Tambahnya, politik di negara ini juga katanya telah timbul pelbagai persengketaan, berkelompok-kelompok, dan berperpecah belah.

“Politik antara parti-parti memang sudah kelaziman tidak akan aman..itu akan sama saperti dimana jua negara,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa timbulnya perpecahan dan sengketa sesama sendiri yang dialami dalam parti sendiri, tidak percaya terhadap pemimpin itu dan matlamatnya supaya individu itu dan ini dibuang dan lucutkan jawatan.

“Adakah semata-mata kerana tidak sebulu dan sama rakit dengan kita ? ..mereka ada pendapat-pendapat berbeza ?

“Seelok-eloknya semua kriteria menilai pemimpin mesti diaplikasi samarata kepada setiap individu sama ada dari segi prestasi atau pendirian, kemampuan dan sebagainya,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, tindakan itu adalah benar-benar mampu menilai samaada seseorang itu benar-benar menambah nilai kepada parti dan wajar diberi kepercayaan untuk memimpin.

“Tidak kira peringkat mana. Tidak kira samaada rapat dengan kita atau tidak.
Janganlah kita “menilai” kepimpinan seseorang itu mengikut selera atau mengikut sesuatu “tren”.

“Saperti tren “orang kita ” dan ” BUKAN orang kita”..

“Semuanya orang parti kita,” katanya lagi.

Tegasnya, jika didapati individu itu benar melanggar perlembagaan dan peraturan parti, barulah tindakan boleh diambil secara objektif dan adil.

“Bukan secara memilih-milih, dan dengan alasan yang subjektif, akhirnya membawa kepada pecah belah,” katanya.

“Sekarang bukannya masa untuk mencari keretakan dan perpecahan. Bukan kerja kita untuk membawa mudharat kepada parti,” katanya.

Beliau turut mengingatkan supaya semua pihak jangan terlalu sibuk dengan politik berkelompok-kelompok sehingga menyebabkan Orang Melayu dan Bumiputera hilang kepercayaan kepada parti.

“Jangan lupa sambil kita bermati-matian menjatuhkan sesama sendiridan menilai antara satu dengan lain, rakyat pula menilai kita iaitu mereka sebagai pengundi yang akan menentukan kerajaan,” katanya.

Tegasnya lagi, semua perlu mementingkan apa yang diinginkan oleh rakyat dan apa yang diperkatakan mereka kerana penilaian rakyat jauh lebih penting dari penilaian pemimpin itu.

“Janganlah mencontengkan arang dihidung sesama kita, memadailah sudah terdapat muka-muka antara kita yang sudah terconteng arang.

“Muafakatlah, berbincang dan selesaikan masalah dengan ikhlas dan baik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");