Sukan Hari Ini

Ranieri beri pemain rehat

Leicester, England: Claudio Ranieri (gambar) akan memberikan rehat sewajarnya kepada pemain Leicester City selepas mereka berjaya merampas semula kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana dalam usaha untuk mempersiapkan diri sebelum mengharungi tiga perlawanan yang bakal menguji kemampuan mereka untuk bergelar juara musim ini.

Ketika Ranieri akan pulang ke Itali bertemu keluarganya, beliau mengharapkan anak buahnya menikmati cuti tiga hari yang diberikan sebelum kembali menumpukan perhatian bagi pertemuan menentang Liverpool, Manchester City dan Arsenal bulan depan.

Leicester melonjak ke tangga teratas Liga Perdana menerusi kemenangan 3-0 ke atas Stoke City dan hanya kini mendahului pasukan di tangga kelima dengan kelebihan 10 mata.

“Adalah penting untuk kembali ke tangga teratas liga pada hujung Januari kerana Februari adalah bulan sukar buat kami,” kata pengurus Foxes itu selepas anak buahnya mengetepikan Stoke.

“Liverpool, Arsenal dan Manchester City; sukar dipercayai tapi ia juga bagus.”

Beliau berkata: “Kami bermain banyak perlawanan bulan lalu dan kini ia sangat penting, bukan saja secara fizikal tapi juga mental. Itulah sebabnya mengapa saya memberi cuti selama tiga hari dan tidak perlu menjalani latihan.

“Kini mereka berpeluang berehat bersama keluarga, ia jauh lebih baik. Apabila mereka kembali, mereka perlu bekerja keras kerana liga ini sangat menyeronokkan.” -AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");