Berita Hari Ini

Rayani Air belum hubungi saya, kata Haron

SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menyatakan pihak syarikat penerbangan Rayani Air Sdn Bhd masih belum menghubunginya mengenai hasrat menjadikannya penasihat kepada syarikat itu.

Menurutnya, tidak mengetahui sebarang kedudukan mengenai hasrat Rayani Air itu dan tidak mahu mengulas panjang.

“Memang banyak orang yang bertanya. Tetapi tidak ada sebarang usaha untuk mereka (Rayani Air) hubungi dan apa sebenarnya hasrat mereka. Tidak akanlah benda yang saya tidak tahu mana letaknya saya akan komen.

“Tidak ada mana-mana pihak berkenaan (Rayani Air) menghubungi saya. Saya tidak tahu kedudukan, yang saya dengar kata jadi Penasihat Syariah. Jadi, tidak tahu yang mana sebenarnya,” katanya, semalam.

Beberapa hari lalu, Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari berkata akan melantik Haron sebagai penasihat yang akan berperanan menasihati Rayani Air tentang bagaimana melaksanakan konsep patuh syariah yang sebetulnya mengikut lunas Islam.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menyambut baik cadangan tersebut dan menyatakan ia merupakan satu tindakan yang terbuka dan profesional.

Rayani Air ketika dihubungi mengesahkan masih belum menghubungi Haron dan akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");