Sukan Hari Ini

Reds hampiri Wembley

London: Hanya 90 minit memisahkan Liverpool dari Wembley menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga menentang Stoke City awal pagi esok.

Pasukan yang mencatat tujuh keputusan seri 1-1 dalam sembilan perlawanan sepanjang September dan Oktober mula mengukuhkan reputasi mereka selepas seri 3-3 dengan Arsenal sebelum menang 5-4 ke atas Norwich City Sabtu lalu.

Ia menjadikan skuad Juergen Klopp semakin menarik, namun dengan kelebihan 1-0 yang perlu dipertahankan di Anfield awal pagi esok, pemain tengah Brazil Lucas Leiva sedar amat penting pasukannya mengukuhkan pertahanan mereka.

“Jika kami boleh menjaringkan lima gol dan mempertahankan set-piece lebih baik, kami boleh menang perlawanan dengan selesa,” katanya selepas menang di Carrow Road.

“Namun, ia akan memberi lebih keyakinan kepada kami. Kami berdepan perlawanan besar aksi separuh akhir dan peluang ke Wembley. Kami akan lakukan apa saja untuk berada di sana.

“Ia satu perlawanan terhebat musim ini setakat ini dan peluang terbaik untuk berada di Wembley. Kami tidak perlukan motivasi tambahan. Kami akan pulih dan sudah pasti semua orang akan pulih 100 peratus, secara mental atau fizikal untuk perlawanan ini.”

Keputusan seri sudah memadai buat Liverpool untuk mara ke final pertandingan pertama sejak 2012 apabila menjuarai Piala Liga dan tewas kepada Chelsea pada final Piala FA.

Jaringan separuh masa pertama Jordon Ibe menyelamatkan mereka pada aksi pertama, 5 Januari lalu.

Memandangkan Everton mendahului Manchester City 2-1 pada satu lagi separuh akhir, wujud kemungkinan berlakunya pertembungan Merseyside pertama pada final pertandingan utama selepas perlawanan penentuan Piala FA 1988-89 yang menyaksikan Liverpool menang 3-2. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");