Panasnya Hari Ini

‘Saya hadir untuk mengetahui perkembangan parti’ – Maznah

Foto:-Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO Kedah, Datuk Maznah Hamid menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di sebalik kehadiran beliau ke sidang media UMNO Negeri yang bertindak menarik sokongan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Katanya, mereka (kepimpinan UMNO Kedah dan bahagian) telah dipanggil bagi menghadiri satu taklimat tertutup bersama kepimpinan.

Maznah berkata, memetik laporan Sinar Harian, kehadiran beliau adalah hanya untuk mengetahui perkembangan parti terutamanya di Kedah.

“Selaku ketua sayap negeri dan bahagian, saya hadir untuk mengetahui perkembangan parti terutamanya di Kedah.

“Sebaik sampai, langsung tiada mesyuarat taklimat, sebaliknya saya dan beberapa pemimpin lain diminta ke barisan depan untuk menyertai sidang media, sedangkan kami tak tahu apa sebenarnya dan tujuan sidang media diadakan,”jelas beliau.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah bersama hampir keseluruhan UMNO Kedah telah mengadakan sidang media mengatakan bahawa UMNO Kedah sudah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.

Maznah turut berkata, kehadiran beliau ke sidang media tersebut bukanlah bermaksud beliau menyokong tindakan yang dilakukan, sebaliknya hanya ingin mengetahui perkara yang sebenar.

“Saya amat berharap kepada kepimpinan UMNO agar semua kembali rasional dalam membuat keputusan.

“Janganlah kita membuat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan merugikan bangsa kita sendiri. Semoga Kedah kembali aman sejahtera,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");