Sukan Hari Ini

Sinar Gunners

London: Penyerang Arsenal Theo Walcott percaya kehadiran Petr Cech di Stadium Emirates berjaya melonjakkan lagi peluang Gunners untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kekurangan penjaga gol bertaraf dunia menjadi antara punca mengapa skuad bimbingan Arsene Wenger tidak berupaya menjulang Liga Perdana sejak 2004.

Namun, kehadiran Cech yang dibeli dari juara bertahan dan musuh setempat, Chelsea bermakna faktor ketiadaan penjaga gol berbakat bukan lagi satu isu dan dia mempamer prestasi cemerlang ketika kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Stoke hujung minggu lalu sekali gus membolehkan Arsenal kembali ke tangga teratas liga.

“Kekuatan mental yang ditunjukkan semua pemain dalam bilik persalinan ketika ini boleh dikatakan sebagai yang paling kukuh,” kata Walcott.

“Apabila anda mempunyai pemain seperti Petr Cech, ia akan melonjakkan lagi semangat semua. Dia seorang ketua.

“Kami tidak boleh sewenang-wenangnya mengetepikan pengaruh yang dibawanya kerana dia sudah memenangi banyak kejuaraan. Jika kami mempunyai tahap kepercayaan yang diperlukan, sudah tentu kami mampu mencapai sesuatu.”

Arsenal mengatasi pencabar utama, Leicester City menerusi kelebihan jaringan dan pemain kebangsaan England Walcott berkata, saingan untuk mencapai kejuaraan musim ini sudah semakin sengit dan antara yang paling menarik dalam sejarah Liga Perdana.

“Anda tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku, ia sangat sengit. Dengan beberapa pasukan yang berkebolehan memenangi liga musim ini, ia boleh dianggap sebagai persaingan paling menarik dalam sejarah. Itu yang saya fikirkan,” ujarnya.

“Tiada sesiapa boleh menjangka tapi kini kami berada di tangga teratas dan boleh berbangga dengan kedudukan itu.”

Sejak dulu, terdapat keraguan sama ada Arsenal mampu mengekang pasukan yang mengamalkan corak permainan berteraskan fizikal tetapi Walcott, 26, meluahkan rasa bangganya dengan apa yang ditunjukkan rakan sepasukannya di Stoke, hujung minggu lalu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");