Isu Panas

Surat amaran tidak sertai program Amanah

KOTA BHARU – Pas Kelantan mengeluarkan surat amaran secara rasminya kelmarin kepada semua kepimpinan PKR Kelantan agar tidak menyertai program anjuran Parti Amanah Negara (Amanah).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan ini diambil setelah memerhatikan beberapa majlis dan program yang berlangsung di negeri ini turut melibatkan anjuran PKR bersama Amanah.

“Setakat ini, ada tiga program anjuran mereka bersama (PKR – Amanah) iaitu di Dataran Kampung Laut, Chetok dan Ketereh.

“Di Kelantan khususnya, tiada kepentingan untuk PKR bersama Amanah dan sepatutnya perkara sebegitu tidak berlaku.

“Jadi kita minta supaya PKR memahami suasana dan situasi politik di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Program Penyampaian Watikah dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB -BRI) di Hotel Grand River View, di sini.

Beliau yang juga Adun Wakaf Baharu berkata, keputusan itu juga dibuat Pas Pusat supaya hubungan murni dan baik yang terjalin ini tetap berlaku dengan PKR.

“Setakat ini, kepimpinan PKR memang menghormati kita, tapi bagaimana ini boleh berlaku juga atas nama PKR. Ini yang kita sedang teliti.

“Sedangkan PKR negeri memang memberi perakuan kepada kita bahawa sebaik-baiknya bersama Pas, bukan dengan Amanah.

“Itu kita terpaksa buat kajian sikitlah kerana PKR negeri juga tidak senang dengan apa yang sedang berlaku,” katanya lagi.

Ditanya apakah tindakan lanjut sekiranya ada kepimpinan yang ingkar, Ahmad menegaskan untuk tidak teragak-agak menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin Pas Pusat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");