Panasnya Hari Ini

Tabung Haji Jangan Berselindung Lagi- Rafizi

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli menggesa supaya pihak Lembaga Tabung Haji digesa tidak berselindung lagi mengenai krisis yang melanda organisasi tersebut.

Memetik sumber Sinar harian, beliau menegaskan lagi bahawa penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, jelas menunjukkan rizab Tabung Haji yang negatif.

Tambahnya ia juga jelas menunjukkan ia tidak mempunyai dana serta aset yang cukup untuk menampung pembayaran balik simpanan rakyat sekiranya dikeluarkan secara serentak.

“Ini apatah lagi untuk bayar dividen atau bonus. Saya harap kepimpinan Tabung Haji henti mengelirukan rakyat dengan berselindung di belakang terma kewangan yang cuba sembunyikan perkara sebenar,” katanya.

Ujarnya, turut menggesa Tabung Haji untuk mengadakan taklimat terbuka kepada pendeposit di seluruh negara jika benar dakwaan bahawa kedudukan kewangan organisasi berkenaan kukuh.

Bagaimanapun, sehingga kini, pihaknya juga masih menunggu jawapan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Ismee Ismail mengenai dakwaan rizab lembaga itu sebenarnya sudah menjadi negatif sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 lagi.

“Dengan mengambil kira prestasi Bursa Kuala Lumpur yang tidak memberangsangkan dalam 2015, sudah tentu kedudukan rizab negatif ini lebih buruk bagi 2015.

“Kenyataan saya (sebelum ini) itu tidak disanggah malah keseluruhan kepimpinan kerajaan dan Tabung Haji mengelak dari menjawabnya.Jika pihak berkenaan (Tabung Haji) adakan taklimat, saya akan hadir sebagai salah seorang pendeposit kerana separuh daripada simpanan hari tua saya adalah di dalam Tabung Haji,” katanya.

Berdasarkan laporan kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, beliau turut memberitahu bahawa aset (bersendirian) RM54.751 bilion, sementara aset kumpulan Tabung Haji (digabungkan dengan anak-anak syarikat) adalah RM107.038 bilion.

Nilai aset tersebut katanya lagi melibatkan anak syarikat Tabung Haji RM52.287 bilion (iaitu RM107.038 bilion tolak RM54.751bilion) digunakan sebagai alasan bahawa anak syarikat Tabung Haji memiliki aset yang besar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");