Panasnya Hari Ini

Tabung Haji Masih Dalam Keadaan Baik- Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberi saranan supaya semua pihak terutamanya para pendeposit Tabung Haji tidak bimbang kerana agensi itu masih dalam keadaan baik.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, beliau berkata demikian ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

“Jangan bimbang. Semuanya baik,” katanya.

Beliau turut diminta mengulas surat yang dihantar Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memberi amaran rizab Tabung Haji dalam keadaan negatif.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas dan mengesahkan keaslian surat itu.

Ujarnya lagi, pihak Tabung Haji juga dijangka akan mengeluarkan kenyataan hari ini.

Terdahulu, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, paras rizab Lembaga Tabung Haji (LTH) adalah negatif dan Tabung Haji berkemungkinan tidak akan dapat membayar sebarang dividen pada tahun ini kepada 8.8 juta pencarumnya jika tiada jalan penyelesaian diambil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");