Panasnya Hari Ini

Terdapat kebimbangan Mengenai TPP- Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno mengakui wujud kebimbangan mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang bakal dibahaskan di Parlimen, hujung bulan ini.

Memetik sumber Sinar Harian, kenyataan itu ditegaskan oleh Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno, di sini, semalam.

Tambahnya lagi, terdapat dua perkara yang menjadi kebimbangannya melibatkan hasil kajian kos faedah yang dikeluarkan, tahun lalu.

Ujarnya lagi, mengenai perkara tersebut pihaknya menerusi Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) akan menganjurkan satu sesi bagi membincangkan berhubung perjanjian TPP, Sabtu ini.

“Selepas sesi itu, saya akan minta biro yang berkenaan jumpa MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) untuk bentangkan hasil dapatan kepada Datuk Seri Mustafa Mohamed sebelum sesi Parlimen sebab kita pun ada kekhuatiran juga, ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan,” katanya.

Ujarnya lagi, pihaknya juga inginkan penjelasan sama ada kajian yang dijalankan benar-benar berdasarkan fakta atau hanya andaian.

Bukan sekadar kebimbangan tersebut malah beliau turut mempersoalkan mengenai hasil kajian yang hanya tertumpu kepada syarikat-syarikat besar yang dikatakan mendapat banyak faedah.

“Dalam kajian itu kata KDNK kita boleh melonjak sekian banyak. Jadi, kita nak semak sama ada kajian itu tepat atau tidak ataupun bergantung kepada andaian yang tidak boleh dijamin berlaku atau tidak.

“Kedua, impak TPP ini kepada usahawan-usahawan tempatan kecil dan sederhana sebab kita dapati kajian itu banyak beri fokus kepada syarikat besar dan syarikat antarabangsa.

“Seolah-olah nampak tiada perhubungan yang menyeluruh dengan usahawan tempatan. Jadi, perkara ini kita perlu perhalusi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");