Isu Panas

Terlalu awal bincang pembahagian kerusi

RANTAU PANJANG – Terlalu awal untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi sedangkan masa untuk PRU masih terlalu jauh.

Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron berkata, pihaknya mengakui banyak pihak termasuk parti politik melakukan analisis dan merangka pengaruh politik masing-masing.

Bagaimanapun katanya, perbincangan sehingga kepada pembahagian kerusi secara terbuka, akan memberi gambaran negatif kepada satu-satu parti politik.

“Jika bahagi kerusi terus, ahli dan jentera akan lihat tugas mereka sudah terhad di satu-satu kawasan dan tidak akan menumpukan kepada tanggungjawab membantu rakyat di kawasan yang lain.

“Ketika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memerintah sekalipun, Allahyarham melakukan analisis sejurus pilihan raya, seolah-olah Pas akan bertanding semula keesokan harinya, malah melibatkan semua kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

Beliau turut memandang tinggi kepimpinan Pas yang mempunyai cita-cita seperti Allahyarham, umpama mahu meletakkan calon Pas di setiap kawasan.

Menurutnya, walaupun kelihatan seperti berlagak, namun keputusan itu adalah antara taktik psikologi yang boleh menaikkan semangat ahli dan pemimpin lain dalam mengukuhkan parti.

“Sekalipun ketika dalam gabungan dengan parti lain, jika kita serah kerusi awal-awal, umpama menyerah kalah sebelum masanya,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");