Perak Hari Ini

Tesco Rai Pelanggan Sempena Festival ‘Ong Mali’ 2016

IPOH: Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi, Tesco telah menganjurkan satu Festival ‘Ong Mali’ yang bertempat di Tesco Ipoh Garden di sini, hari ini.

Seramai hampir 3,000 pengunjung dan pelanggan yang terdiri daripada pelbagai bangsa serta agama turut hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan.

7 (7)

Turut hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baru Negeri Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie serta Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Hal Ehwal Korporat Tesco Malaysia, Datuk Azlam Shah Alias.9 (3)

Menurut Dr Mah, sambutan yang diadakan pada hari ini dapat memupuk semangat muhibah dan mewujudkan muafakat di kalangan masyarakat di negeri ini.

Beliau turut memuji penganjuran program berkenaan dan menyifatkan bahawa ia merupakan satu usaha murni yang dilakukan oleh pihak Tesco.

“Ini merupakan satu usaha murni yang dilakukan oleh pihak Tesco yang mampu mewujudkan semangat muhibah dan membina semangat permuafakatan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan berkenaan di sini, hari ini.

3 (9)

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga kesihatan dan pemakanan sepanjang musim perayaan berlangsung.

“Saya menyeru kepada orang ramai untuk sentiasa berpada-pada ketika menikmati makanan sepanjang musim perayaan ini dan hidup dengan gaya yang sihat serta bersenam selalu,” tegasnya lagi.

1 (11)

Terdahulu, festival berkenaan turut dimeriahkan dengan pertunjukan tarian singa, tarian naga terpanjang dan acara menggaul Yee Sang.

Seramai 200 kanak-kanak dari lapan buah rumah kebajikan di sekitar kawasan Ipoh juga turut dijemput untuk memeriahkan majlis berkenaan.

6 (7)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");