Panasnya Hari Ini

Tiada Kem IS Beroperasi Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan tiada sebarang operasi  kem kumpulan pengganas Negara Islam (IS) dikesan di negara ini.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Eksekutif dan Pengarah Perkhidmatan Polis Sekretariat Aseanapol di Hotel Hilton, pagi tadi.

Beliau turut diminta mengulas berhubung kem IS di Syria dan Iraq yang disertai oleh lapan kanak-kanak dari Malaysia.

Ujar Khalid pihaknya sentiasa berusaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Syria dan Iraq, namun ianya sukar bagi pihak polis, apabila perkara itu membabitkan kepercayaan dan ideologi individu terlibat.

“Jika mereka masih tidak mahu meninggalkan kepercayaan itu, sukar untuk kita bawa balik.

“KIta boleh mencegah dari sekarang, apabila menghalang mereka ini ke sana,” katanya.

Tambahnya, terdapat kemungkinan bahawa adanya kem IS di selatan Filipina, susulan keterbukaan mereka dalam memberi sokongan kepada IS.

Jelas Khalid lagi, sesiapa sahaja mudah terpengaruh dengan fahaman IS dan semua pihak perlu mengawasi penularannya dan mengambil tindakan sebelum ianya berlaku.

“Di negara ini, bukan sahaja sekolah agama yang akan terpengaruh dengan IS, malah sesiapa sahaja berkemungkinan terpengaruh dengan dakyah IS ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengawasi perkara ini dan mengambil tindakan sebelum ianya berlaku,” katanya

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");