Panasnya Hari Ini

TIC, MAI Tandatangani MoU Program AAP

CYBERJAYA: TAJ International College (TIC) dan Malaysia Automotive Institute (MAI) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai rakan teknikal pendidikan bagi program Advanced Automotive Learning Program (AAP).

AAP merupakan kerjasama pintar dalam membangunkan program lanjutan automotif yang mana program-program yang dijalankan adalah berdasarkan konsep ‘industry driven’ dan ‘industry relevant’ bagi mewujudkan tenaga kerja yang sedia ada oleh industri.

Ketua Eksekutif TIC Puchong, Azad Jasmi berkata, program ini dibuka kepada semua sama ada yang masih bergelar pelajar dan juga yang mempunyai pelbagai latarbelakang.

“Sasaran utama untuk program AAP ini adalah dikalangan pelajar lepasan SPM, pelajar yang mempunyai sijil daripada Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia, Institut Kemahiran Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga, Giat Mara dan golongan bekerja.

“Mereka yang ingin mengikuti program ini juga tidak semestinya berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang automotif. Pengusaha dan pekerja bengkel kenderaan juga digalakkan untuk mengikuti program ini bagi menambahkan kemahiran dan kompetensi dalam industri automotif,”katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

MOU berkenaan telah ditandatangani oleh Datuk Mohamad Madani Sahari daripada MAI dan Azad Jasmi mewakili TAJ International College serta disaksikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan dan Antarabangsa, Datuk Ahmad Maslan.

Tambah Azad lagi, peserta yang menyertai program ini akan sentiasa dipantau dan diselia oleh TIC.

“Program ini memberikan fleksibiliti dan peluang yang tidak terhad kepada peserta kerana membolehkan mereka belajar mengikut kesesuaian sendiri. Pihak kami akan memantau dan menyelia perkembangan serta kejayaan setiap pelajar.

“Jadi, harapan TIC adalah untuk bersama-sama membentuk semula masa depan tenaga kerja dalam bidang industri automotif bagi meningkatkan kemahiran serta daya saing mereka terutamanya bagi menyertai pasaran global dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam industri ini,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");