Panasnya Hari Ini

“Tidak Akan Serahkan Satu Kerusi Pun”-PAS

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan bahawa parti itu sama sekali tidak akan menyerahkan kerusi yang diwakili oleh calon mereka kepada mana-mana parti lain.

Memetik sumber Sinar harian, penegasan itu dilontarkan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau turut menegaskan bahawa parti itu juga tidak akan berkompromi apabila ianya melibatkan maruah parti berkenaan.

“Hari ini mereka minta Pas bekerjasama dengan gabungan baru (Pakatan Harapan) dengan kata lain, mereka mahu kerusi Pas. Ia tidak akan berlaku. Kita tidak akan serah satu pun kerusi kita.

“Pas bersedia lawan satu dengan satu dengan Umno/BN selagi kerusi kita tak diganggu. Pas juga sedia gempur kubu lain,” katanya pada majlis penutup Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor, pada Ahad lalu.

Tambahnya lagi, sebelum ini parti itu bertindak menyerahkan kerusi yang ditandingi calon Pas kepada parti rakan atas dasar tahaluf siyasi.

“Sebelum ini Pas berkali-kali menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada parti rakan setiap kali melakukan tahaluf siyasi (kerjasama politik).

“Kita berlapang dada dengan kerjasama itu sebab itu kerjasama politik pada PRU lalu dan sama juga bila kita bekerjasama dengan parti Semangat 46 dulu.

“Bahkan di masa kerjasama dengan Parti Negara, Pas serahkan kerusi kepada Parti Negara dan apabila bergabung dengan PKR (melalui Pakatan Rakyat), Pas serahkan jentera (kerana) tahaluf,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");