Sukan Hari Ini

Tolong ubah sistem BAM!

PEMAIN profesional negara, Muhammad Arif Abdul Latif menyokong cadangan Zulfadli Zulkfli yang menyarankan agar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengubah sistem pemilihan pemain ke saingan Piala Thomas 2016 yang akan berlangsung di China, Mei ini.

Bagi Arif, sudah tiba masanya badan induk itu melakukan perubahan dengan menjadikan prestasi semasa seseorang pemain pada kejohanan antarabangsa, selain ranking dunia sebagai kriteria pemilihan ke kejohanan berprestij itu.

Ini kerana katanya, langkah itu lebih telus dan adil jika dibandingkan dengan sesi pemilihan khas serta ujian kecergasan yang dilakukan sebelum ini.

“Kalau ujian kecergasan saya boleh terima, tapi untuk pemilihan, rasanya lebih baik BAM pilih berdasarkan keputusan kejohanan dan ranking, itu lagi adil dan relevan.

“Sekiranya kita beraksi dengan rakan sepelatih, kita tak dapat mengukur kemampuan pemain luar yang bakal kita hadapi Piala Thomas berbanding penyertaan pada kejohanan di luar negara,” katanya.

Kelmarin, Zulfadli berpandangan keputusan BAM untuk mengadakan sesi pemilihan khas selain ujian kecergasan di Institut Sukan Negara (MSN) sebanyak dua kali ke kejohanan berpasukan berprestij itu sebagai tidak relevan.

Jelasnya, BAM perlu mengubah sistem tersebut dengan keutamaan diberi kepada pemain yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam kejohanan antarabangsa selain mengikut ranking dunia.

Kejohanan Berpasukan Asia akan berlangsung dari 15 hingga 24 Februari dengan empat pasukan terbaik layak secara terbaik automatik ke Piala Thomas 2015, Mei ini.

Mengulas peluangnya beraksi di kejohanan itu, Arif berkata, beliau menyerahkan keputusan kepada BAM untuk membuat keputusan.

“Saya memang berhajat mewakili negara, siapa tak nak kan, tapi saya belum ada keputusan cemerlang untuk buktikan kepada mereka untuk pilih saya sebab baru sahaja sembuh daripada kecederaan.

“Apa-pun, kalau diberi peluang saya akan buktikan, cuma fokus saya kini hanya untuk meningkatkan ranking saya yang telah jauh ke belakang,” katanya yang akan menyertai Grand Prix Emas Malaysia di Pulau Pinang, Selasa depan.

Untuk rekod, Arif dua kali disenaraikan sebagai pemain simpanan skuad negara iaitu pada edisi 2008 di Jakarta, Indonesia dan edisi 2010 di Kuala Lumpur.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");