Berita Hari Ini

TPP beri kelebihan tembusi pasaran Amerika Latin

KUALA LUMPUR – Pengeluar produk pengacuan suntikan plastik, Selia-Tek Holdings Sdn Bhd, menyasarkan penembusan luar negara yang lebih luas dengan memanfaatkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

“Kami belum menembusi mana-mana negara di Amerika Latin. Negara seperti Peru
dan Mexico (anggota TPP) pasti menjadi pasaran yang menarik untuk kami berkembang,” kata Pengurus Pemasaran Kumpulan, Akmar Kasim.

Ada potensi besar untuk produk perubatan pakai buang di negara ini, dan Selia-Tek sudah pun mewujudkan jenama berkualiti yang sudah terkenal.

(Justeru), saya yakin kami sudah cukup kompetitif dan boleh menyediakan lebih banyak pilihan dalam pasaran,” katanya kepada Bernama.

Kini, Selia-Tek mengeksport produknya ke Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong, Singapura, Australia dan Kemboja dengan hasil tahun lepas bernilai RM49 juta.

Akmar berkata menerusi potensi yang dicetuskan oleh TPP, syarikat itu juga juga menyasarkan untuk menambah peratusan sumbangan hasilnya daripada eksport daripada 20 peratus pada masa ini kepada 35 hingga 40 peratus tahun ini.

“Kami juga berharap dapat mengimbangi nisbah kepada 50:50,” kata Akmar.

Selia-Tek, syarikat milik keluarga ini juga mempunyai kepentingan dalam industri tenaga dan kereta api.

Eksport peranti perubatan Malaysia ke Peru meningkat kepada RM31.62 juta sepanjang Januari-November 2015 berbanding RM22.45 juta dalam tempoh yang sama pada 2014.

Nilai eksport ke Mexico juga meningkat kepada RM54.36 juta dalam tempoh terbabit berbanding RM31.86 juta sebelumnya.

Akmar percaya Malaysia akan memperoleh banyak manfaat daripada TPP, dan muncul sebagai destinasi pelaburan pilihan utama dunia, manakala syarikat tempatan, termasuk Selia-Tek, akan mendapat manfaat daripada kesan limpahannya.

Negara bukan anggota TPP juga sudah mengenal pasti Malaysia sebagai destinasi yang menguntungkan bagi menubuhkan pangkalan mereka di rantau ini, katanya.

Selain Malaysia, Peru dan Mexico, anggota TPP lain ialah Singapura, Brunei, New Zealand, Chile, Amerika Syarikat, Australia, Vietnam, Kanada dan Jepun.

“Syarikat-syarikat asing sudah pun menemui kami untuk menjalin perkongsian startegik, dan saya melihat banyak peluang perniagaan yang besar, terutama dalam aktiviti pengelauran peralatan asal,” kata Akmar.

Beliau juga berkata TPP merupakan satu-satunya perjanjian perdagangan melibatkan Malaysia yang mempunyai fokus khusus ke atas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Selain mengharmonikan standard peraturan dan meningkatkan tahap daya saing, TPP juga boleh membantu PKS berjimat ke atas perbelanjaan logistik berdasarkan mekanisme cukai sifar kastam atau perdagangan bebas yang dicadangkan, katanya.

Dalam Bab 24 TPP, aanggota juga menyuarakan komitmen untuk mewujudkan laman web mesra pengguna yang disasarkan kepada PKS untuk memberi maklumat mudah diakses kepada perkongsian itu dan cara firma kecil boleh memanfaatkannya.

Satu jawatankuasa PKS akan ditubuhkan di mana mereka akan berjumpa secara kerap untuk mengkaji sejauh mana TPP membantu PKS, menimbang kaedah untuk meningaktkan manfaat dan memantau kerjasama atau mendayaupayakan kaunseling eksport, perkongsian maklumat, pembiayaan perdagangan selain bantuan dan program latihan.

Lebih separuh daripada PKS tempatan kita tidak mengeksport,” kata Akmar, sambil menambah bahawa TPP menawarkan kelebihan kepada PKS untuk meneroka pasaran luar negara.

Oleh itu, beliau berkata: “Sama ada kita berubah dan mempersiapkan diri untuk bersaing, atau ketinggalan.”

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");