Berita Hari Ini

TPP buka akses lebih luas ke atas peranti perubatan

KUALA LUMPUR – Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI) berkata Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) akan membuka akses pasaran yang lebih luas ke atas peranti perubatan Buatan Malaysia ke negara anggota TPPA, terutama Amerika Syarikat, walaupun Malaysia tidak menjalin Perjanjian Perdagangan Bebas dengannya.

“Kami yakin TPP akan membolehkan pengeluar peranti perubatan di Malaysia meluaskan lagi eksport ke negara anggota TPP, dan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing dalam pengilangan peranti perubatan,” kata AMMI dalam satu kenyataan.

AMMI berkata peranti perubatan Buatan Malaysia diperakui di seluruh dunia atas kebolehpercayaannya, sekali gus menyumbang peningkatan 13 peratus eksport, daripada RM11.9 bilion pada 2013 kepada RM13.5 bilion pada 2014.

“Eksport peranti perubatan oleh syarikat anggota AMMI terus mencatat pertumbuhan dua angka.

“Berdasarkan penerusan trend seperti ini, Malaysia kini meningkatkan rangkaian nilai dalam pengeluaran peranti perubatan,” katanya.

Peranti perubatan bernilai tinggi yang dikeluarkan oleh Malaysia antara lain terdiri daripada produk ortopedik, dialisis, implan pembedahan, elektrod perubatan, peralatan radiografi diagnostik, perentak jantung, defibrillator dan kanta oftalmik.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-11, industri peranti perubatan dikenal pasti sebagai antara industri yang bakal mencatat potensi pertumbuhan yang tinggi dan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan landskap penjagaan kesihatan negara.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");