Panasnya Hari Ini

TPPA: Kedaulatan Negara Jadi Taruhan – Tun M

KUALA LUMPUR: Sekiranya kerajaan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), kerajaan sebenarnya mempertaruhkan kedaulatan negara, begitu amaran yang dikongsi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas lanjut, pengasas Malaysia telah berjuang bermati-matian untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Negara ini.

“Kita sepatutnya menjadi tuan berhubung hal ehwal dan masa depan sendiri tetapi sekarang kita akan melepaskan hak dan kebebasan kerana keperluan untuk mematuhi telunjuk TPPA.

“Saya tidak ragu-ragu Parlimen sebagai cop mohor akan meluluskan TPPA. Ini menandakan kita sedang membuat persiapan untuk menyerahkan kedaulatan Negara kita kepada kuasa asing dan meninggalkan segala usaha keras yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu,”katanya menerusi catatan terbaharu di blognya, chedet.cc.

Tambah bekas Perdana Menteri itu lagi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk meminda 26 undang-undang bagi memenuhi keperluan TPPA.

“Ianya satu pengakuan jelas bahawa TPP menghadkan kebebasan Malaysia untuk menggubal undang-undang yang dianggap perlu untuk Negara.

“Undang-undang ini telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia kerana ia dianggap penting dan baik untuk Negara ini.

“Tetapi kini, undang-undang ini perlu dipinda kerana TPPA nampaknya lebih berkuasa daripada ahli Parlimen yang telah dipilih rakyat dalam menentukan undang-undang yang diperlukan oleh Negara,”luahnya.

Jelas Dr Mahathir itu lagi, Malaysia bukanlah seperti Negara-negara yang menjadi ahli TPPA yang lain kerana terlalu banyak sensitiviti yang perlu dijaga.

“Kita mempunyai banyak sensitiviti kerana kepelbagaian kaum, jurang ekonomi, kadar kemiskinan dan tahap pendapatan yang rendah.

“Untuk memperbetulkan semua masalah ekonomi, politik dan sosial, terdapat beberapa polisi dan undang-undang tertentu perlu dilaksanakan. Ini bertujuan untuk mengatasi masalah dalaman negara,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");