Berita Hari Ini

Trend ekstremis jihad kian berubah, lebih mencabar

SHAH ALAM – Trend ekstremis jihad di negara ini kini menunjukkan perubahan dan mula memberikan cabaran besar, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurutnya, dulu kebanyakan ekstremis jihad yang terlibat adalah golongan profesional dan individu yang baru mendalami ilmu agama.

Trend masa kini pula katanya, ekstremis jihad juga melibatkan pihak yang mempunyai akidah kuat dalam pendidikan agama.

“Saya pernah terlibat dalam bekerjasama dengan Bukit Aman pada 2005 hingga 2007 sebagai penceramah dalam program kepada kelompok jihad, trend dulu kebanyakannya babitkan mereka yang bukan dalam aliran agama.

“Tapi kalau kita tengok sekarang ini, pihak yang terlibat dengan militan IS, dia bercampur. Orang yang ada agama pun terlibat. Orang yang kuat dari segi akidah dan tidak dijangkakan itu yang rupanya menyertai IS. Kita berada dalam dunia tanpa sempadan iaitu media sosial,” katanya ketika mengadakan pertemuan bersama Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, kelmarin.

Asyraf yang juga kolumnis Sinar Harian turut memaklumkan Malaysia kini berdepan dua cabaran iaitu ekstremis radikal dan ekstremis liberal.

“Ekstremis radikal, pihak ekstrem dalam memahami konteks jihad sehingga menyebabkan mereka terdedah kepada anasir serta perjuangan pengganas seperti IS.

“Ekstremis liberal golongan yang nak mencabut asas agama daripada kehidupannya dan cuba untuk mempromosi pemikiran liberalisme, pluralisme serta pemikiran yang melihat kepada perlunya ada pemisahan antara hak individu dengan hak awam,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");