Sukan Hari Ini

Troare kena lulus ujian

CALON pemain import baharu, Dramane Troare perlu lulus saringan kesihatan dan ujian kecergasan sebelum boleh menandatangani kontrak dengan skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2016.

Dua syarat itu ditetapkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi memastikan Troare bukan sekadar dibawa masuk untuk menjadi penumpang sedangkan Kelantan dilihat cukup serius mahu kembali mencabar kejuaraan pada musim ini.

Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor berkata, pemain itu diwajibkan lulus saringan kesihatan merangkumi ujian kecergasan VO2 Max dan Pengimejan Resonan Magnet (MRI).

Katanya, VO2 Max bertujuan menilai peratusan oksigen dan karbon dioksida, kadar denyutan nadi seseorang atlet sukan yang berlari secara berterusan dengan variasi pecutan berbeza.

“Walaupun Troare pemenang Kasut Emas Liga Super musim lalu namun itu bukan jaminan sebaliknya dia seperti pemain import lain perlu melepasi dua ujian itu.

“Kita pandang serius soal kecederaan kerana bimbang sekiranya ada rekod lampau pemain import yang kita tidak dapat dikesan. Sebab itu, saringan kesihatan kali ini lebih teliti,” katanya semalam.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");