Panasnya Hari Ini

TTPA: Adakah Malaysia Masih Bebas Bersuara?

KUALA LUMPUR: PAS tampil mempersoalkan samaada Malaysia masih bebas bersuara tatkala Amerika dan sekutunya Israel menindas negara-negara Islam seperti Palestin malah tanpa sebarang risiko dikenakan sekatan ekonomi berikutan perjanjian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)  ditandatangani kelak.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, PAS turut mengajak rakyat untuk turut serta menyertai himpunan rakyat membantah TPPA berikutan tindakan itu dirasakan dapat menghalang Malaysia daripada hilangan kedaulatannya selaku sebuah negara bebas.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perjanjian itu disifatkan akan meletak negara ini ditempatkan bersama blok Amerika dan sekutunya.

Kebimbangan itu akan disuarakan menerusi himpunan membantah perjanjian tersebut yang dijangka diadakan pada 23 Jan ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan tindakan kerajaan membahas TPPA di Parlimen adalah satu langkah positif.

Ujarnya, PAS juga  merasakan ia mungkin sekadar lakonan hiasan untuk menunjukkan bahawa kerajaan masih sedia mendengar bagaimanapun para ahli parlimen BN telah diberi arahan untuk mengundi menyertai TPPA dari pihak atasan.

“Oleh kerana isu TPPA merupakan isu yang akan meninggalkan kesan besar kepada masa depan dan generasi depan negara, kerajaan tidak boleh membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian TPPA berdasarkan keputusan 134 ahli parlimen BN yang sudah terbukti bakal bertindak seperti lembu dicucuk hidung,” katanya.

PAS turut mencadangkan supaya satu referendum rakyat dibuat bagi kerajaan mendapatkan mandat sama ada menandatangani perjanjian atau sebaliknya.

“Dengan referendum ini, rakyat akan lebih jelas implikasi baik buruk keterlibatan negara dalam TPPA ini melalui siri penerangan,” terangnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");