Membawang Hari Ini

Tyka persis Misha Omar

SEMINGGU menghabiskan masa menonton persembahan Misha Omar di laman YouTube nyata berbaloi buat pemilik nama Nor Amierazatyka Ayob, 21, atau lebih dikenali sebagai Tyka apabila dia berjaya diangkat sebagai juara bagi episod ikon Misha Omar dalam program Seiras Seirama.

Mempertaruhkan lagu ‘berhantu’, Ku Seru nyanyian Misha yang cukup popular pada 2011, Tyka berjaya menarik perhatian Misha apabila setiap pergerakan, ekspresi wajah serta lontaran vokal yang dipersembahkannya persis penyanyi asal itu.

Lebih membuatkan Misha hilang kata-kata setelah Tyka menyahut cabaran menyampaikan dua lagu Adam dan Hawa serta Bunga Bunga Cinta.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, pemilihan Tyka telah membuktikan bahawa program Seiras Seirama bukan sekadar program realiti nyanyian tangkap muat.

“Tanggungjawab berat dipikul setiap ikon yang terlibat untuk membuat penilaian terperinci dalam memilih pemenang episod masing-masing bagi memastikan program ini berjaya menepati apa yang dijanjikan kepada penonton iaitu sebuah program yang mencari klon ikon terkenal tanah air.

“Seperti yang kita lihat pada episod Ikon Misha Omar ini, persaingan sengit di antara keempat-empat peserta terutamanya bagi dua peserta terbaik pilihan Misha iaitu Tyka dan Bella.

“Saya yakin, kesungguhan serta usaha keras Tyka dalam mempersiapkan diri bagi menyertai program ini memberi kelebihan kepadanya untuk memikat hati Misha memilihnya beraksi di pentas akhir kelak,” katanya.

Laluan anak kelahiran Johor ini sebelum muncul juara tidaklah mudah apabila menerima saingan sengit daripada Puteri Wannur Nabila Ramli, 19, atau Bella dalam segmen Caras Mencaras yang menyaksikan dua finalis ini berentap menerusi lagu pilihan Misha, Adam dan Hawa.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");