Panasnya Hari Ini

UMNO Tidak Layak Bicara Mengenai Perjuangan Melayu- Khalid Samad

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad menyifatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah pihak yang tidak layak dalam membicarakan mengenai perjuangan orang Melayu dan Islam.

Memetik laporan Therakyatpost, beliau berkata demikian menjawab kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang mengatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah tidak mampu untuk memperjuangkan kedudukan orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

“Kalau ada pihak yang tidak layak bercakap mengenai memperjuangkan orang Melayu dan Islam, ia adalah ,” katanya.

Ujarnya,Umno telah diberi peluang untuk memerintah Malaysia selama hampir 60 tahun dan kini parti tersebut telah terbukti gagal dan tak mampu untuk membina kekuatan orang Melayu.

“Orang Melayu terus dikekalkan kepada budaya menerima bantuan dan itulah kehendak Umno kerana kalau tidak ia tidak mahu hilang relevannya serta enggan melihat orang Melayu berdikari dan menjadi bangsa bermaruah dan bermartabat.

“Dari sudut ini mereka telah berjaya kerana orang Melayu merupakan penerima BR1M dan bantuan paling ramai dan perkara inilah yang ingin kita pecahkan.

“Cara nak pecahkan ialah dengan tamatkan budaya pergantungan itu kerana ia datang dengan sistemnya tersendiri iaitu orang-orang tertentu dipilih sebagai kroni dan kontraktor lain bergantung kepada kroni tersebut sekaligus membantutkan kemerdekaan dan kemampuan berdikari orang Melayu,” katanya.

Umno juga katanya bukan sahaja tidak mampu menjaga kedudukan orang Melayu malah menjadi punca utama kepada perpecahan Melayu di Malaysia.

Tambahnya lagi, Pas, PKR, Parti Negara dan Semangat 46 merupakan parti-parti pecahan daripada Umno yang disebabkan oleh kepimpinan yang tidak amanah.

“Orang Melayu berpecah disebabkan banyak penyelewengan, salah guna kuasa, gunakan kedudukan untuk kepentingan diri dalam Umno sehinggakan orang Melayu tidak boleh bersatu.

“Oleh itu yang mana yang menentang bertindak keluar daripada Umno sebagai tanda tidak bersetuju,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");