Sukan Hari Ini

V Shem tidak mahu fikir saingan Kien Keat-Boon Heong

PEMAIN beregu lelaki negara, Goh V Shem tidak mahu memikirkan persaingan antara beliau dengan bekas beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dalam memburu slot ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Menurut V Shem, adalah lebih baik beliau menumpukan perhatian kepada persiapan bersama Tan Wee Kiong dalam misi memperbaiki kedudukan ranking.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan kedudukan mereka kerana perkara itu mungkin akan memberi tekanan.

“Sekarang apa yang penting kami perlu perbaiki kedudukan ranking. Kalau mereka pintas kami pun, saya akan tetap berjuang habis-habisan bagi buru mata terakhir untuk ke Sukan Olimpik.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk memburu impian mewakili negara buat kali pertama,” katanya.

Berdasarkan ranking terkini Olimpik, V Shem-Wee Kiong berada di tempat ke-11 (45,998 mata) manakala Kian Keat-Boon Heong ke-12 (45,050).

Jelas V Shem, beliau percaya mereka dapat mengubah kedudukan ranking itu menjadi lebih baik.

Ini berdasarkan gandingannya bersama Wee Kiong ada sedikit peningkatan terutama selepas Grand Pix Emas Amerika Syarikat dan Mexico.

“Harap prestasi itu boleh kekal kerana kami mampu mempertingkatkan permainan ke tahap lebih baik.

“Sekarang masalah kami adalah kurang konsisten dan kita akan cuba perbaiki masalah itu sebelum bermula kejohanan tahun ini,” katanya yang akan memulakan aksi 2016 di GP Emas Terbuka Malaysia dan India bulan ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");